Extracted from the slot in Malay.
Sabda Rasulullah SAW,
"Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung."
Ada juga riwayat lain,
"Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera."
Adab dan sunnah ketika bermusafir :
1. Tujuan perjalanan adalah baik dan betul. Sebelum keluar rumah, kamu perlu menunaikan solat sunat dua rakaat di rumahmu.
"Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir adalah dengan menunaikan solat sunnat dua rakaat."
2. Nabi Muhammad SAW suka bermusafir pada hari Khamis. Baginda tidak suka bermusafir pada hari Jumaat kerana ianya menyebabkan gagal menunaikan solat Jumaat.
3. Begitu juga dengan waktu.
Sabda Rasulullah SAW,
"Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan. Jarak menjadi singkat di malam hari."
4. Seseorang perlu membawa beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Nabi Muhammad SAW suka membawa siwak, sikat, cermin, celak dan kayu wangi.
5. Kemudian, perlulah mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dengan berdoa memohon penjagaan daripada Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW membaca,
"Aku pohon agar kau dijagai oleh Allah SWT yang tak akan hilang jagaan daripada-Nya."
6. Sunnah juga meminta untuk didoakan. Nabi Muhammad SAW juga meminta sahabatnya Umar Al-Khattab mendoakannya ketika Baginda berangkat untuk bermusafir.
Sabda Baginda,
"Saudaraku, janganlah kau lupa mendoakan untuk kami."
Apabila keluar rumah, sunnah bagi kita untuk membaca Bismillah.
"Dengan nama Allah SWT, aku beriman dan bertawakal kepada Allah SWT dan tiada yang berkuasa melainkan Allah SWT."
6. Apabila menaiki kapal terbang untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir.
7. Pilih teman perjalanan yang pekerti. Sunnah bagi bermusafir secara berkumpulan agar seorang daripada mereka menjadi ketua. Jika kumpulan tersebut melebihi tiga orang, perlulah diwujudkan satu mesyuarat untuk memilih seorang ketua sebagai pemimpin dan penyusun program perjalanan mereka.
8. Sunnah bagi kita bertakbir ketika naik ke tempat yang tinggi, dan bertasbih ketika turun ke paras yang rendah.
Contohnya, ketika kapa terbang sedang berlepas naik, maka kita bertakbir, Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Dan ketika kapal sedang mendarat turun, maka kita bertasbih, Subhanallah! Subhanallah!
Begitu juga semasa mendaki bukit, jejantas, atau lain-lain kawasan tinggi.
9. Al-Huda' (Nyanyian Musafir). Diketahui antara sunnah Nabi Muhammad SAW adalah mendengar nyanyian. Sebagai bukti, Baginda suka mendengar nyanyian ketika dalam perjalanan. Baginda inginkan kita dalam suasana yang baik, merehat dan menenangkan dirinya daripada suasana yang tegang.
10. Baginda mengajar apabila memasuki sesuatu kawasan, kita disunatkan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan perjalanan. Jika seseorang mengamalkan sunnah ini, Allah akan melindungi setiap kali dia melalui sesuatu kawasan.
11. Baginda bepesan juga agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah ketika balik dari bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanyalah kecil, tapi amat bernilai kepada ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan. Hadiah dapat mengeratkan hati manusia.
Jika kita mengamalkan, kita dapat merasai perjalanan kita adalah perjalanan yang luar biasa. Dipenuhi dengan pelbagai manfaat dan faedah dan keagamaan dan mencontohi Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment