Saturday 10 March 2012

Selamat Hari Wanita!

Assalamualaikum! (Wajib jawab)



Minggu lepas saya join seminar You Are Beautiful, Allah Loves You organized by Wirda Selangor. Ini sempena Hari Wanita Sedunia 8 Mac. Memang best sangat! Rasa tak rugi. (Mana pernah rugi kalau join majlis ilmu kan) Dapat banyaaaaaak sangat ilmu. Rasa perlu share..

1. Jangan sibuk nak judge orang lain tentang penampilan. Sibukkan hal diri sendiri dulu. Judge ourselves before judging others. How often do we judge ourselves?

2. Wanita bukan lilin. Wanita ibarat matahari yang tak pernah kurang sumbangkan tenaga menerangi orang lain.

3. Tudung is not an image. Tudung bukan rambut palsu atau topi. Tudung itu hanyalah tools. Yang penting kamu menutup aurat. Use tudung to cover your head and heart. Ikutlah prinsip asal bertudung iaitu tutup dada kamu. Hijab membezakan orang yang mempunyai akidah atau tidak.

4. Percantikkanlah akhlak dan keterampilan dan perelokkanlah kenderaan kamu. (Sabda Rasulullah saw.)

5. Hiduplah dengan nama Allah swt., Al-Jamil. Allah itu cantik (Jamil) dan mencintai kecantikan. Janganlah kita menafikan kecantikan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur : 31)


InsyaAllah wanita, moga kita di dalam golongan yang berjaya.

No comments: